Program Perlesenan Selam SCUBA untuk ahli-ahli 4B yang berminat (Open Water Certification)

Program pertama :

Program Perlesenan Selam SCUBA

Cara pembayaran ansuran :

Tempahan RM 300. sebelum 1 Januari 2008. ( terhad kepada maximum 30 org peserta terawal sahaja)

Bulan 2 : RM150

Bulan 3 : RM150

Bulan 4 : RM150

Bulan 5 (sebelum 25hb) : RM200

Total RM 960. (all in)

– Lesen scuba yang sah & di iktiraf

– Bas pergi balik daripada KL-K. Trengganu

– Pengangkutan ke jeti (pergi balik)

– Bot dari jeti ke Pulau Bidong (pergi balik)

– Penginapan di Pulau Bidong ( bukan 5 bintang la- khemah (L)/chalet (P)) & makanan (ala-ala pengakap la)

– Bot daripada Pulau Bidong ke lokasi scuba terpilih (pergi balik)

– Semua peralatan scuba ( no extra charge)

– Insuran kelompok

Maklumat lanjut di :

 

Yahoogroup : gr4b@yahoogroups.com / http://www.gb4bshamelin.wordpress.com

(sila download file)

Program Perlesenan Selam SCUBA

Advertisements

BAB 46 – JURU AUDIT DALAM

 

BAB YANG KEEMPAT PULUH ENAM

JURU AUDIT DALAM

 

BAB 46 – JURU AUDIT DALAM

 

46.1        4B peringkat Kebangsaan, Negeri, Kawsan dan Cawanagn hendaklah melantik 2 orang Juru Audit Dalam yang bukan terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa untuk memeriksa kira-kira masing-masing pada penghujung tiap-tiap bulan          dan mengemukakan laporan mereka kepada Jawatankuasa

 

46.2        Kedua-dua Juru Audit Dalam hendaklah membuat audit bersama-sama ke atas kira-kira dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan yang diedarkan oleh Bendahari pada peringkat masing-masing

 

46.3        Juru Audit Dalam berhak melihat dan memeriksa resit-resit, baucer-baucer dan    lain-lain surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugas-tugas mereka

 

46.4        Majlis Kerja Tertinggi berkuasa pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan     kira-kira wang dan harta 4B Negeri, Kawasan dan Cawangan. Kawasan berkuasa memeriksa kira-kira wang dan harta Cawangan.

 

46.5        Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan yang berkenaan dengan kira-kira itu.

BAB 47 – JURU AUDIT LUAR

BAB YANG KEEMPAT PULUH TUJUH

JURU AUDIT LUAR

BAB 47 – JURU AUDIT LUAR

47.1 Mesyuarat Perwakilan Tahunan hendaklah melantik sebuah Syarikat Juru Audit yang diakui oleh Kerajaan untuk memeriksa kira-kira wang dan harta 4B

BAB 48 – PERATURAN MESYUARAT

BAB YANG KEEMPAT PULUH LAPAN

PERATURAN MESYUARAT

 

BAB 48 – PERATURAN MESYUARAT

 

48.1        Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat peraturan mesyuarat dengan syarat tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan 4B

 

48.2        Peraturan mesyuarat 4B adalah disifatkan sebahagian daripada Perlembagaan ini dan mempunyai kuatkuasa sedemikian itu, setelah mendapat kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan.

 

48.3        Aturan peraturan mesyuarat 4B bolehlah dipinda atau dimansuhkan dengan satu ketetapan menurut kelebihan undi

 

48.4        Peraturan mesyuarat 4B hendaklah dipakai untuk mesyuarat-mesyuarat 4B di semua peringkat

BAB 49 – MEMINDA PERLEMBAGAAN

BAB YANG KEEMPAT PULUH SEMBILAN

MEMINDA PERLEMBAGAAN

 

BAB 49 – MEMINDA PERLEMBAGAAN

 

49.1        Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh tidak kurang daripada   2/3 wakil-wakil yang hadir dalam Perhimpunan Agung dan hendaklah dikemukan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan itu untuk mendapat kebenarannya

 

49.2        Satu ketetapan hendak meminda atau memansuhkan Perlembagaan ini hedaklah dihantarkan kepada Setiausaha mengikut syarat di dalam peraturan mesyuarat 4B

 

49.3        Setiap pindaan akan berjalan kuatkuasanya mulai tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan

BAB YANG KELIMA PULUH – KUASA SEMENTARA MENGELOLA 4B

 

BAB YANG KELIMA PULUH

KUASA SEMENTARA MENGELOLA 4B

 

 

BAB 50 – KUASA SEMENTARA MENGELOLAKAN 4B

 

50.1        Perlembagaan ini berjalan kuatkuasanya daripada tarikh yang diluluskan oleh kerajaan akan tetapi diperbuat oleh 4B terlebih dahulu daripada Perlembagaan ini adalah sahnya sekali, walaupun perbuatan dan perkerjaan itu tidak sesuai atau tidak mengikut kehendak Perlembagaan

 

50.2        Maka dengan lulusnya Perlembagaan ini, mansuhlah Perlembagaan terdahulu dari ini dengan pindaan-pindaan atasnya.

BAB 51 – PUNGGUTAN SUARA

 

BAB YANG KELIMA PULUH SATU

PUNGUTAN SUARA

 

BAB 51 – PUNGGUTAN SUARA

 

51.1        Dengan tidak tertakluk kepada sebarang BAB di atas dalam Perlembagaan ini, maka Majlis Kerja Tertinggi berkuasa mendapatkan sesuatu keputusan dengan cara Pungutan Suara (Referendum)