TUJUAN ASAL PENUBUHAN 4B



Seawal penubuhannya, Gerakan Belia 4B adalah bertujuan memberi peluang kepada belia luar bandar untuk bergiat dalam bidang pertanian, penternakan khasnya di kampong bagi membangunkan sector pertanian di luar bandar. Disamping itu juga bertujuan untuk menyatukan belia dari kaum Melayu, Cina dan India melalui dasar pertanian serta mencari pelapis untuk menjadi pemimpin di peringkat Belia 4B dan seterusnya pertubuhan politik yang lain.

Kesedaran masyarakat Melayu dalam peristiwa 13 Mei 1969 mulai mengalami perubahan di mana banyak bantuan kerajaan disalurkan kepada orang Melayu hinggakan masyarakat bumiputera dikenali masyarakat subsidi. Paling utama ialah menjadi satu tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyatnya. Atas semangat inilah GB4B ditubuhkan agar kerajaan dapat membantu orang Melayu supaya bersikap keusahawanan dan tidak cemburu dengan kejayaan kaum lain.

Secara khusus tujuan GB4B adalah seperti berikut:

1.  Menyatu, menyusun dan menggembeleng tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam
pembangunan negara dan untuk menegakkan masyarakat yang adil.

2.  Memberi pendidikan rohani dan jasmani

3.  Melatih ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepentingan 4B, agama, bangsa dan
negara.

4.  Menggalak dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua
bidang kemahiran dan pengetahuan.

5.  Memajukan dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang
lebih makmur.

6.  Menaja dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulin berdasarkan rasa tanggungjawab dan
keikhlasan.

7.  Menggalakkan ahli bergerak ke arah kehidupan yang sempurna yang berasaskan kehormatan diri
dan sifat berdikari dan berdisiplin.

8.  Berusaha untuk memelihara, memperkembangkan dan mempertahankan keutuhan bahasa
Malaysia dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Malaysia.

9.  Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendak-
kehendak, tujuan dan perjuangan 4B.

10. Memajukan sokongan kepada kerajaan dan badan-badan lain yang sesuai dan

11. Berusaha mempertahankan, menegak dan memperkembangkan agama Islam. Agama rasmi
negara Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: